Description
Asas Pendawaian ditulis khusus untuk para pelajar bidang kejuruteraan khususnya Kejuruteraan Eleketrik dan Elektronik sama ada di peringkat sekolah menengah, politeknik, kolej komuniti, institusi kemahiran, institusi latihan perindustrian atau institusi pengajian tinggi (IPT). Para pelajar akan dedahkan dengan asas pendawaian dan pemasangan elektrik yang berlandaskan peraturan I.E.E. Antara topik yang disentuh ialah: Peraturan Keselamatan dan Pertolongan Cemas, Aksesori Pendawaian Elektrik, Sistem Bekalan, Litar Pengguna, Perlindungan Arus Lebihan, Sistem Pendawaian, Pembumian, Pemeriksaan dan Pengujian, Tarif.