Description
Kimpalan Arka Keluli Berperisai ditulis khusus untuk para pelajar bidang kejuruteraan dan teknikal khususnya Teknologi Kimpalan dan Fabrikator Logam sama ada di peringkat sekolah menengah, politeknik, kolej komuniti, institut kemahiran, institut latihan perindustrian atau institusi pengajian tinggi (IPT). Para pelajar akan didedahkan dengan amalan kerja-keja mengimpal dan menggunakan mesin-mesin kimpalan arka. Kandungan buku ini dapat membantu para pelajar untuk memahami teknik dan keperluan dalam kimpalan arka keluli. Kandungan buku ini adalah komprehensif dan disampaikan dengan mudah serta jelas. Selain itu, ilustrasi dan gambar rajah turut disediakan bagi memudahkan pemahaman para pelajar..