Description
Woksyop adalah jantung sesebuah industri. Jika woksyop diuruskan secara cekap dan teratur bermakna industri mendapat keluaran seperti yang dikehendaki. Sama ada mutu pengeluaran sesebuah woksyop dapat memenuhi objektif pengusahanya banyak bergantung kepada bagaimana woksyop diuruskan. Woksyop yang tidak diurus dengan baik bukan sahaja bakal menghasilkan bahan yang tidak bermutu bahkan akan mendedahkan perkerjanya kepada kemalangan, juga kerosakan peralatan serta menurunkan produktiviti.